Monday, November 3, 2014

Ekonomi Semasa !

Assalamualaikum.. 

Tajuk kali ni macam agak serius ? Tapi tak la serius sangat cuma penting dalam kehidupan semua orang di dunia ini yang menggunakan WANG. 
 
                     Walaupun kerja ada jawatan atau gajinya lumayan sikit la, contohnya macam aku . Heee :P tapi tak lah lumayan sangat . Masih nak buat keje lain atau berniaga . Dulu bukan tak pernah berniaga cuma bila dah mula kerja memang rasanya tak sempat dan tak menang tangan . Macam2 nak buat dalam satu hari . Lagi2 kerja aku yang sekarang ni makan banyak masa . Nak jumpe client, nak pergi site, nak pergi office rasa macam fed up . Tapi rezeki kan .. 

    Memang tak nafikan kalu aku betul2 kerja dan fokus dalam sebulan aku boleh ada RM 3000 . Tapi company yang aku kerja ni lain sistem nya. So memang agak susah nak dapat 3K sebulan . 

     So sekarang ni aku dah habis fikir2 . Aku kene buat bisnes . Tak boleh nak harapkan satu je . Memang patah kaki dibuatnya. Insyaallah , doa2kan semuanya berjalan dengan lancar . AMINN

Tuesday, February 25, 2014

Saya Rindu Awak


Assalamualaikum.. 
Agak lama aku menyepikan diri untuk rutin harian dan kerjaya aku sebagai seorang Senior Sales Exec. Mungkin ini rezeki yang Allah berikan , sebagai umatNya aku harus bersyukur . Tapi post kali ni 
SAYA RINDUKAN AWAK

Aku tak pasti sama ada dia sedar atau tidak kami semakin berjauhan . Mungkin sebab aku yang larikan diri atau sebab kesibukkan masing-masing bekerja . Tapi aku rasakan sebab aku larikan diri dan tak whatapp dengan dia. 

Aku buat semua tu bersebab bukan sengaja untuk jauhkan diri dari dia. Tapi aku tak tahu macam mana aku nak buang perasaan sayang dan cinta aku pada dia . Mungkin dengan cara ini aku akan lupakan dia , tapi tak mungkin aku akan lupakan dia kerana 24 jam dia ada dalam ingatan aku , cuma mungkin dia je .. 

Aku pasti bukan aku yang ada dalam fikiran dia dan hati dia .Hanya satu nama yang sentiasa berada dalam fikiran dia . Miss N*** ***** . Aku cuba buat dia lupakan wanita tersebut tapi aku gagal . Gagal kerana mungkin aku tak sehebat wanita tersebut . Mungkin wanita tersebut ada semua ciri-ciri yang dia mahukan atau wanita itu sempurna baginya . 

Tapi AKU RINDUKAN DIA !!! Bila tak whatapp hati ni sunyi sepi sebab tak ada siapa nak sakitkan hati aku dan buat aku rasa marah . Haha .. Kadang-kadang kelakar, walaupun apa yang dia cakap buat aku rasa sakit hati dan geram dengan sindiran dia . Saya harap awak rasakan apa yang saya rasakan . Saya hanya mampu pendam perasaan ini dan tak mungkin saya akan meluahkan nya pada awak . Sebab saya tak mampu untuk hadapi kenyataan jika saya bertepuk sebelah tangan . Kerana saya tak nak disebabkan perasaan cinta dan sayang ini , hubungan sahabat kita terjejas . 

Bagi saya hubungan sahabat itu lebih penting dari hubungan cinta dan sayang . 


Sunday, January 12, 2014

Pertolongan Dihulur

Assalamualaikum,

 Post kali ini hanya sekadar berkongsi perasaan. Entah kenapa ia berlaku dalam diri ? Banyak halangan dan nasihat dari insan tersayang yang dekat dan sentiasa disisi bertanyakan soalan yang sama > Apa yang saya dapat apabila saya tolong dia ? :: Saya tiada jawapan untuk soalan itu tapi yang saya tahu , Saya Akan Rasa Gembira Kerana Dapat Tolong Dia . !!! Saya cuma harap persahabatan kami akan kekal hingga akhir hayat .

   Bagi saya persahabatan itu lebih penting kerana kadang-kadang sahabat tahu akan apa masalah yang kita hadapi . Dan kadang-kadang ia amat melucukan . :) :)

   Tiada balasan yang saya ingin minta dari dia jika dia telah berjaya dan mendapat kesenangan hidup. Kerana bagi saya jika kita minta balasan, pertolongan yang dihulurkan bukan pertolongan yang ikhlas . Hanya sebab ingin meminta balasan tak kira zahir atau batin .

Tuesday, October 8, 2013

Kehadiran Yang Bermakna

Apabila Allah hadirkan seseorang untuk memulihkan hati dan jiwa yang pernah terluka, tipu jika dia tidak bermakna dalam hidup kita . Walaupun kadang kala dia buat kita terluka juga . Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersirat dan tersurat dari Nya .

Entah kenapa bila dia tiada disisi kita, kita mula akan merasa sunyi dan rindu . Apakah kita menyayangi dia ? Apakah ia sekadar permainan ? Senandung yang diberikan hanya untuk cinta yang tidak pernah lupus diingatan . Dan akan tetap bersemadi di jiwa .

Suka dan Duka dikongsi bersama . Kesedihan dia, tangisan dari aku . Kegembiran dia, senyuman dari aku . Kekecewaan dia, marah dari aku . Kelukaan dia, sakit dari aku . Jika dianggap dahan dan pokok tidak bagi aku . Masing-masing masih boleh teruskan hidup . Tapi mungkin saling memerlukan . Hanya ego menguasai diri . Hanya pemikiran yang mempengaruhi .

Biarlah ia ibarat layang-layang yang inginkan kebebasan ke sana dan ke sini . Juga ibarat burung merpati yang ingin terbang kemana saja tanpa ikatan dan batasan . Tapi sayangnya , kita hanya manusia dan tidak mudah untuk hilangkan semua memori terindah di ingatan begitu saja .

Patah Tangan Ada Yang Nampak, Patah Hati Siapa Yang Tahu

"Patah Tangan Ada Yang Nampak, Tetapi Patah Hati Hanya Allah Yang Tahu"

Benda yang nyata dan mudah dilihat ramai akan tahu dan mengetahui punca dan sebab semuanya terjadi . Tetapi jika berkaitan hati dan perasaan hanya kepunyaan hati dan Maha Esa yang tahu . Semuanya sudah dirancang oleh Nya . Jika yang berkaitan hati dan perasaan boleh dilihat oleh orang ramai, pasti mudah dipersendakan dan dibodohkan begitu saja. Itu sebab kita sebagai manusia tiada hak untuk pertikaikan akan semua yang terjadi ini . Cuma kita harus sedar apa yang berlaku pasti ada kelebihan dan kekurangan nya disitu . Lebih baik kita tidak mengetahui apa-apa daripada kita mengetahui sesuatu dan akan menyebabkan hati dan jiwa meronta dan berantakkan . 
Soal hati memang tiada paksaan atau kerelaan. Ia akan hadir dengan semulajadi. Akan tetapi kita sebagai manusia tidak sedar atau sedar hanya buat tidak sedar. Jawapan tanya pada diri anda dan saya . Kebiasaannya bila patah hati pasti disebabkan salah satu pihak atau pihak ketiga. Bagi saya pula lain ceritanya, jika hati sudah sayang, jika jiwa sudah terikat, muncul la orang ketiga atau keempat sekali pun tak akan pernah padam perasaan ini selagi kau menyatakan untuk meninggalkan aku . 


Wednesday, September 4, 2013

Takut !!!







Assalamualaikum , post kali ini berkaitan dengan TAKUT ! Apa yang anda faham dengan perkataan Takut ??  Takut disakiti ? Takut dikhianati ?? Takut Allah ? Takut Hantu ? Takut Mati ? jawab dalam hati anda . Begitu juga saya ..

      Takut sejarah kembali berulang dan terus berulang . Semangat yang ada belum mampu untuk tutup segala kesakitan yang pernah dialami dan belum cukup kuat untuk hadapi seorang diri.

Bila nak lari dari kenyataan, rasa macam diri terlalu bodoh ! Setakat mana boleh lari? Akan ada masalah lain yang akan mengejar kita dari belakang walau dimana pun kita berada .

     Mesti kita pernah terfikir untuk lari dari masalah , begitu juga aku . Tapi Alhamdulillah , Allah telah utuskan hambaNya untuk menasihati aku agar lebih berfikiran matang pada ingat pada Allah . Syukur Alhamdulillah .. Sekarang aku tak rasa perlu lari kemana pun. Kerana kita akan lebih matang dan lebih berpengalaman apabila kita hadapi semua masalah dengan baik ! .

Friday, August 9, 2013

Redha Dengan Ketentuan-Nya



Assalamualaikum...

Dihati ini hanya Tuhan yang tahu betapa terluka apabila kau hantar gambar tersebut. Aku ingin menjerit agar semua tahu yang aku benar-benar terluka . Bagai dihiris .. Tapi apa daya aku untuk lakukan semua ini ?sedangkan aku bukan sesiapa dimata kau apatah lagi dihati kau . Dengan air mata aku meluahkan segalanya. Aku sendiri kurang pasti adakah aku redha atau aku pasrah dengan liku-liku dugaan yang Allah berikan ? Genggam erat tangan ini dan katakan pada aku, yang aku hanya bertepuk sebelah tangan selama ini ..

*aku redha jika ini ketentuan yang Allah berikan pada aku. Aku tetap akan menjadi sahabat yang baik untuk dia. Biarlah hati ini berkata sendiri dan biarlah hati ini berbicara. Aku ikhlas dengan semua ini. Kerana aku tahu setiap yang berlaku ada hikmahnya dan apa yang berlaku akan ada pembalasannya . 


Thursday, August 1, 2013

Rabiatul Adawiyah Serikandi Islam



Riwayat Hidup Rabiatul Adawiyah

Rabiatul Adawiyah /

RABIAH AL-ADAWIYAH 

 adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangannya harus dicontohi oleh wanita Islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya dia memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab, kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama, tetapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya Rabiatul Adawiyah akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa di samping ayahnya hinggalah dia dewasa. Apabila ayahnya meninggal dunia. dia menggantikan tempat ayahnya sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.

Suatu hari timbul kesedaran di hatinya dan merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohon doa kepada Allah. Di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyeksanya, kemudian raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumahnya telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisau dan ingin menikam Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meminta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama di luar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang di sebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditemuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok Rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui Kekasihnya.


:”Ya Rabbi, bila aku menyembahMu kerana takutkan neraka, bakarlah diriku di dalamnya. Bila aku menyembah Mu,kerana mengharapkan syurga jauhkan aku dari sana. Namun jika aku menyembah Mu hanya kerana Engkau, maka janganlah Engkau tutup keindahan abadiMu”.


Di antara doa-doa yang tercatat berasal dari Rabiah ialah doa yang dipanjatkannya pada waktu malam di atas atap rumahnya, katanya: “ Oh…Tuhanku, bintang-bintang bersinar bergemerlapan, manusia sudah tidur nyenyak dan raja-raja telah menutup pintunya, tiap orang bercinta sedang asyik dengan kesayangannya dan di sinilah aku bersendirian bersamaMu”.


Rabiah telah meninggal dunia di Basra pada tahun 801 Masihi. Dia telah dimakamkan di rumah tempat dia tinggal. Ketika jenazahnya diusung ke perkuburan, orang-orang soleh, para sufi dan orang-orang Islam turut mengiringinya dalam jumlah yang luar biasa ramainya.

Cintailah ALLAH kerana Dia mencintai kita, tunaikanlah perintah ALLAH kerana Dia akan mengadili kita, buatlah sesuatu yang dituntut semata-mata kerana ALLAH  sebab yang akan menilai setiap amal adalah ALLAH.

Apabila kita rapat dengan ALLAH maka sudah semestinya kita akan menjadi orang kesayangan ALLAH dan semua makhluknya, dan pada hari pengadilan nanti sudah tentu ALLAH tidak akan memberatkan pertanyaan ke atas hamba-Nya yang sangat takut kepada-Nya.

Ya Allah, jauhkanlah kami daripada fahaman-fahaman Yahudi, Nasrani dan fahaman-fahaman karut yang dapat menyesatkan kami, dan selamatkanlah kamu semua di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya akhirat itulaah tempat kami dann tujuan hidup kami”.Amin


Bila aku mendalami kisah Rabiatul, aku terasa diri ini begitu banyak peluang tapi aku tidak pernah melihat peluang itu . Mungkin aku lihat tapi aku hanya biarkan ia pergi begitu saja . Dan aku harap kisah ini boleh menjadi teladan untuk kita dan diri ini jua . Betapa besarnya nikmat apabila kita solat dan memohon sesuatu pada Allah dengan niat dan hati yang ikhlas . :)

Monday, July 29, 2013

Nabi Sulaiman Menawan Balqis

Nabi Sulaiman (a.s.) adalah salah seorang hamba Allah SWT yang terpilih di antara hamba-hamba Nya yang lain. Baginda beri kelebihan hikmah dan ilmu dengan dikurniakan mukjizat yang besar dari Allah SWT.
Antara mukjizat yang tersebut ialah boleh memahami dan berinteraksi dengan jin dan haiwan. Allah SWT juga telah menundukkan angin kencang untuk membawa Nabi Sulaiman (a.s.) ke sesuatu tempat yang diberkati Nya, menundukkan segolongan syaitan dan segolongan jin supaya berkhidmat kepada Nabi Sulaiman (a.s.). Semuanya berlaku dengan kekuasaan dan keizinan dari Allah SWT.
Pada suatu masa dahulu, Nabi Sulaiman (a.s.) dengan kekuasaan Tuhan telah menghimpunkan bala tenteranya yang terdiri dari golongan jin, manusia dan burung-burung. Maka berhimpun lah mereka mengikut tertib dalam barisan masing-masing.
Ketika memeriksa barisan tenteranya dari kalangan burung-burung, baginda menyedari bahawa Burung Hud-hud tidak hadir dalam perbarisan. Baginda berkata bahawa Hud-hud akan dikenakan hukuman atau disembelih sekiranya ketidakhadirannya tanpa alasan yang jelas.

Tidak lama kemudian Hud-hud pun datang dengan membawa suatu berita penting dari negeri Saba yang didakwa Hud-hud, baginda sendiri pun belum mendengarnya. Hud-hud pun bercerita lah mengenai Puteri Balqis, pemerintah negeri Saba yang dianugerahi segala apa yang dihajati serta mempunyai singahsana yang besar.
Hud-hud juga melaporkan bahawa puteri tersebut dan rakyat di bawah naungannya menyekutukan Allah SWT lalu menyembah matahari kerana mereka telah disesatkan oleh syaitan.
Baginda seraya bertitah kepada Hud-hud, “Akan kami lihat, apa kamu benar, ataukah kamu termasuk orang-orang yang berdusta. Pergilah dengan membawa suratku ini, lalu jatuhkanlah kepada mereka, kemudian berpalinglah dari mereka, lalu perhatikanlah apa yang mereka bicarakan.”
Maka Hud-hud pun melakukan sebagaimana yang dititahkan oleh Nabi Sulaiman (a.s.) dengan membawa sepucuk surat lalu dijatuhkan kepada Puteri Balqis. Kemudiannya Hud-hud berpaling dan mencuri dengar perbualan puteri dengan para pembesarnya.
Lalu Puteri Balqis berkata, “Hai pembesar-pembesar, sesungguhnya telah dijatuhkan kepadaku sebuah surat yang mulia. Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya: ‘Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang berserah diri ‘.”
Puteri Balqis kemudiannya meminta nasihat dari para pembesar negeri dalam membuat keputusan bagi menentukan tindakan yang sepatutnya diambil. Namun para pembesarnya menyerahkan pertimbangan tersebut di tangan puteri sendiri dengan berkata, “Kita adalah orang-orang yang memiliki kekuatan dan memiliki keberanian yang sangat (dalam peperangan), dan keputusan berada di tanganmu; maka pertimbangkanlah apa yang akan kamu perintahkan”.

Puteri seraya berkata kepada para pembesar, “Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri, nescaya mereka membinasakannya, dan menjadikan penduduknya yang mulia jadi hina; dan demikian pulalah yang akan mereka perbuat dan sesungguhnya aku akan mengirim utusan kepada mereka dengan (membawa) hadiah, dan (aku akan) menunggu apa yang akan dibawa kembali oleh utusan-utusan itu.”
Hud-hud pun pulang melaporkan kepada Nabi Sulaiman (a.s.) tentang apa yang telah didengarinya. Utusan dari Puteri Balqis pun tiba kepada Nabi Sulaiman (a.s.). Baginda kemudiannya membalas utusan dengan mesej berbunyi: “Apakah kamu menolong aku dengan harta? Maka apa yang diberikan Allah kepadaku lebih baik daripada apa yang diberikan Nya kepadamu; tetapi kamu merasa bangga dengan hadiahmu. Kembalilah kepada mereka sungguh kami akan mendatangi mereka dengan bala tentara yang mereka tidak kuasa melawannya, dan pasti kami akan mengusir mereka dari negeri itu (Saba) dengan terhina dan mereka menjadi (tawanan-tawanan) yang hina dina”.
Setelah utusan tersebut berangkat ke negeri Saba, Nabi Sulaiman (a.s.) berbincang dengan para pembesar baginda mengenai niatnya untuk membuatkan kerajaan negeri Saba menyerah diri dan seterusnya menerima Islam. Baginda telah mempunyai rancangan yang bijaksana bagaimana hendak membuatkan Puteri Balqis mengaku kalah dengan bukti kebesaran Allah SWT.
“Hai pembesar-pembesar, siapakah di antara kamu sekalian yang sanggup membawa singgahsananya kepadaku sebelum mereka datang kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri?”, tanya baginda.
Pertanyaan tersebut telah disahut oleh sejenis jin yang cerdik bernama Ifrit yang menjawab, “Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgasana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai”.
Jin Ifrit menganggap dirinya benar-benar kuat untuk membawa singgahsana Puteri Balqis dalam kadar yang pantas iaitu sebelum pun nabi Sulaiman (a.s.) berdiri dari keadaan duduknya.
Tiba-tiba seorang hamba Allah dari kalangan manusia yang dikurnia ilmu Allah SWT dari al-Kitab pula menyahut, “Aku akan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkedip”. Sebelum sempat mata Nabi Sulaiman (a.s.) berkedip, maka tersergamlah singgahsana Puteri Balqis di hadapan baginda.
Seraya baginda berkata: “Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencuba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barang siapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri dan barang siapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia”.
Ratu Balqis adalah seorang wanita yang sangat cantik dan mempunyai akal yang cerdas, oleh sebab itulah golongan jin merasa iri hati dengannya. Mereka mengatakan bahawa Ratu Balqis itu mempunyai dua aib, pertama tubuhnya pendek dan kedua betisnya seperti betis unta.
Nabi Sulaiman sangat cerdik. Baginda menggunakan cara lain untuk memperlihatkan kekuasaan Allah kepada Ratu Balqis. Maka Nabi Sulaiman memerintahkan supaya para Jin mengubah sedikit singgahsana Ratu Balqis, lalu beliau menyuruh pula membangun sebuah mahligai yang dibuat dari kaca. Bahagian bawah mahligai tersebut dan kelilingnya mengalir sungai-sungai dengan berisikan ikan-ikan, di atas air itu dibuat sebuah jambatan daripada kaca.
Ketika Ratu Balqis dan rombongan tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: “Apakah ini singgahsanamu?
Ratu Balqis menjawab: Mungkin!
Dia tidak mengatakan ya, kerana dilihatnya ada sedikit perubahan. Tetapi tidak mengatakan bukan, disebabkan ada sebahagian yang serupa dengan singgah-sananya. Dari jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman as bahawa ia adalah seorang wanita yang berakal sempurna serta bijaksana.
Kemudian Nabi Sulaiman as menyuruh tamunya itu masuk ke dalam istana. Ketika Ratu Balqis melihat ke dalam istana, ia melihat seakan-akan ada aliran air, sehingga ia mengangkat kainnya, sehingga betisnya tersingkap. Nabi Sulaiman as melihat betisnya itu, maka tidak ada satu aibpun seperti yang disampaikan oleh golongan jin.
Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: “Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia dibentuk daripada kaca.”
ketika Ratu Balqis menyaksikan betapa hebatnya Nabi Sulaiman, ia berkata dalam hatinya: “Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala tenteraku ramai, namun jika dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku tidak bererti.

Kemudian ia berkata seperti yang diungkapkan di dalam Quran, firman Allah SWT surah An Naml ayat 44 bermaksud: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam.” Setelah itu Ratu Balqis pun berkahwin dengan Nabi Sulaiman as. Peristiwa pernikahan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis ini terjadi pada hari Jumaat.
Begitu besarnya kerajaan Nabi Sulaiman as. yang mana angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai tenteranya, burung sebagai pembantu dan teman-teman bercakapnya, binatang-binatang buas sebagai buruhnya dan para malaikat sebagai utusannya.
Nabi Sulaiman as mempunyai satu padang, sebahagian tanahnya terbuat daripada emas dan sebahagian lagi daripada perak. Jika tenteranya berbaris di padang itu, maka panjang barisan itu tidak kurang dari seratus parsakh. Sedangkan luas tempat tinggalnya adalah sebulan perjalanan.
Kemudian golongan jin membuat untuknya sebuah permaidani daripada emas dan perak. Pada permaidani tersebut terdapat dua belas ribu mihrab, pada setiap mihrab terdapat kursi daripada emas dan perak, kemudian duduk di atas tiap-tiap kursi tersebut seorang yang alim dari ulamak Bani Israil.
Pada setiap hari dimasak kira-kira seribu unta, empat ribu lembu dan empat puluh ribu kambing. Nabi Sulaiman juga mempunyai piring-piring yang besar bagaikan kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.
Firman Allah SWT:
Para jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendaknya dari bangunan yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.” (Saba’: 13)
Begitu besarnya nikmat dan kelebihan Nabi Sulaiman as. Namun begitu kelebihan dan kenikmatan umat Nabi Muhammad SAW yang beriman, di dalam Syurga nanti disediakan tempat-tempat tinggal dan darjat, kebun-kebun, sungai-sungai dan buah-buahan. Di dalamnya diperolehi segala sesuatu yang menyenangkan jiwa dan mata. Di dalamnya juga terdapat sesuatu yang tidak pernah terlintas oleh fikiran manusia.
Dikisahkan bahawa serendah-rendah darjat tempat umat Nabi Muhammad SAW di dalam Syurga itu ialah seratus kali luas kerajaan Sulaiman as. Malah lebih baik, kerana Syurga adalah tempat yang abadi. Di dalamnya tidak ada matahari, kesejukan, kesakitan, kesusahan serta lain-lain penderitaan. Di Syurga adalah tempat yang abadi, kesenangan tanpa batas, pemberian tanpa dihitung, penerimaan tanpa ditolak.
Ada Syurga yang dinamakan dengan Darussalam, di dalamnya mempunyai keselamatan tanpa adanya kebinasaan, kenikmatan tanpa malapetaka, kecintaan tanpa permusuhan, kemuliaan tanpa kehinaan serta bermacam-macam lagi kenikmatan yang sukar untuk diungkapkan.
Kemudian Syurga Jannatunna’im. Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka Syurga kenikmatan. Di dalamnya para hamba-hamba-Nya bertempat tinggal, para nabi menjadi sahabatnya, tinggal kekal  dalamnya dengan kurnia yang berlimpah ruah. Tidak ada kesusahan di dalamnya, terdapat bidadari cantik dan jelita, mahligainya tinggi dan tempat yang luas.
Syurga Firdaus, disediakan bagi orang-orang yang tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu, menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat, tidak membuat kemungkaran serta menjalankan segala yang diperintahkan Allah SWT. Allah SWT menjadikan penghuni Syurga ini sebagai kekasihNya.
Di dalam Syurga Firdaus terdapat empat sungai, iaitu sungai dari air tawar, sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai dari air arak yang lazat rasanya dan sungai air madu. Di dalamnya juga diperolehi berbagai macam buah-buahan. Ada lagi empat mata air iaitu: Salsabil, Zanjabil, Rohiiq dan Tasniim. Ada lagi dua mata air yang mengalir dan dua mata air yang memancar, iaitu Al-kaafuur dan Al-kautsar. Di dalamnya juga diperolehi segala sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati.
Firman Allah SWT:
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai, di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Berkuasa.”
(Al-Qamar: 54-55)

Dihati ini Hanya Tuhan Yang Tahu



Cinta adalah pesan agung Allah pada umat manusia.,
DitulisNya ketika mencipta makhluk-makhlukNYA di atas Arsy.,
Cinta dengan ketulusan hati mengalahkan amarah.,
Menuju kepatuhan pengabdian kepada Allah dan Rasulnya.,
Dan saat pena cinta Allah mewarnai melukis hatimu.,
Satu jam bersama berasa seperti satu minit saja....

Dalam hidup ini.., 
Manusia memang tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan.., 
Sesiapa pun akan melakukan kesilapan dalam hidup..,
 Tidak bermakna kesilapan itu tidak boleh diubah dan dimaafkan.., 
Janganlah rasa rendah diri untuk meminta maaf pada diri sendiri dan orang lain...
Kemaafan itu amat bermakna dan penuh dengan pengertian..,
 Ianya akan membuatkan orang lain gembira...
Tapi harus diingat juga putaran hidup kita.., 
Kita tidak akan sentiasa hidup dalam kegembiraan.., 
Kita juga tidak akan sentiasa hidup dalam kesedihan..,
Bahkan kita jua tidak akan sentiasa hidup dalam kesilapan dan hidup dalam kebaikan..,
Bersyukurlah dengan apa yang ada pada kita dan jadikan lah putaran hidup kita itu sebagai satu cabaran dalam menempuh hidup di bumi ciptaan-NYA....
SENTIASA LAH INGAT PADA-NYA...,