Tuesday, March 27, 2012

Kecantikan Wanita


                      Aku keliru, apakah ertinya kecantikan wanita di mata lelaki? Adakah pada susuk tubuh yang menggiurkan? Atau pada akhlak yang menawan? Biar apa pun jawapannya, aku tetap aku. Aku seorang wanita.Kecantikan yang Aku miliki hanyalah sementara. Fitrahku sukakan diri cantik jelita. Namun, bukan kecantikan di mata manusia, sebaliknya.. AKU MENCARI KECANTIKAN YANG DIIKTIRAF TUHAN!!  Kau tahu kecantikan wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya ataupun bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari MATAnya, kerana itulah pintu hatinya. Tempat di mana CINTA ITU ADA!! Sememangnya wanita hari ini terlalu obses akan kecantikan sehingga sanggup melakukan apa sahaja hanya kerana untuk kelihatan cantik.  Para muslimah tidak terkecuali sehingga ada yang sanggup melanggar hukum syara’.  Mereka seakan-akan lupa dengan firman Allah yang bermaksud “Setiap diri bertanggungjawab di atas apa yang telah diperbuatnya”. [TMQ al-Muddatstsir (74) : 38].
Allah SWT telah memuliakan manusia dengan menciptakan mereka sebagai ciptaan yang terbaik,dengan sebaik-baik bentuk dan paras rupa yang berbeza dengan makhluk-makhluk ciptaan Nya yang lain.





Firman Allah SWT :

Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan kami telah berikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik serta kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya di atas banyak makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan. ( Surah al-Isra:70 )

Oleh demikian dengan kurniaan Allah SWTini,yang telah menciptakan manusia dengan seelok-elok ciptaan ciptaan maka wajarlah bagi manusia memberikan balasan dengan tiga bentuk :

01. Bersyukur kepada Allah SWT dengan memujinya di atas nikmat yang diberikan Nya.

02. Tidak menyalah gunakan kecantikkan untuk berbuat maksiat kepada Alllah SWT sebagaimana yang dilakukan oleh golongan fasik di tempat-tempat hiburan dan sebagainya.

03. Wajib ke atas seseorang menjaga bentuk rupa parasnya sebagaimana yang dijadikan oleh Allah SWT dengan menjauhkan diri dari segala bentuk perkara yang boleh mengubah atau memburukkan serta memudaratkan kejadiannya.


Firman Allah SWT :
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya
( surah al-Tin )

No comments:

Post a Comment